Rabu, 11 Mei 2011

BANGKIT DAN BERMANFAAT "PROGRESIV"


Haruskah terus menyesali kegagalan yang telah kita buat?
Berhenti berjalan kerana sebuah kegagalan?

Untuk apa kita masih berdiam diri, sedangkan waktu terus berputar tanpa henti. Sedarkah kita?

Mulailah merangkak berjalan, walau perlahan tapi pasti,
kerana orang yang mahu bangkit dari kegagalan adalah seorang kesatria yang mampu melakukannya

Kegagalan bukanlah jalan buntu, bukan juga jalan sempit.
Tapi ia menjadi jalan menuju kejayaan kita

Pilihlah sekarang, bangkit dan berjalan terus ke arah kejayaan ATAU menyesali diri terus-menerus menuju arah kegagalan

Tersenyumlah dan katakan "Aku bangkit!"
Menuju masa depan yang lebih cerah dan lebih baik

Optimislah dalam berusaha, kerana orang yang optimis mudah melewati jalan yang sempit dan sulit

Perbaiki diri dan carilah kelebihan kita.
Jangan berdiam diri kerana kekurangan yang ada.
Mohonlah kepada Rabbmu agar kita menjadi orang yang kuat

Ingatlah Allah, dimana pun kita berada kerana itu membuat hati menjadi lebih tenteram

Raihlah kejayaan anda.Berjaya di dunia dan di akhirat